
Saya mula bertugas sejak tahun 1989 di Bahagian Ilmu Kejadian(Natural History Section), dan sekarang di Bahagian Etnografi, Jabatan Muzium-Muzium Brunei. Banyak terlibat dengan kerja-kerja Penyelidikan, bidang IT, jerayawara dan pameran, penguatkuasa Akta Perlindungan Binatang Liar, mengandalikan program-program pembelajaran, lawatan dan pentadbiran di Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong, bengkel permainan pasang dan acara sukan. Pernah menjadi pegawai pembantu dalam penguatkuasa pengurusan CITES(Convention on International Trade In Endangered Species of Wild Fauna and Flora), Saya pernah menghadiri mesyuarat CITES serantau Asia di Mongolia pada tahun 2002 dan Persidangan CITES ke 12 di Santiago, Chile juga pada tahun yang sama. Pernah dipilih untuk mengikuti kursus intensif dalam “Training Workshop on Wildlife Conservation and Management Techniques for ASEAN Protected Areas” di Khao Yai National Park, Thailand pada bulan Januari 2004 dengan biayaan ARCBC (ASEAN Regional Centre for Biodiversity Conservation) yang berpusat di Los Banos, Filipina. Kemudian menghadiri persidangan pertama bagi pengurusan ASEAN Heritage Parks (AHP) di tempat yang sama pada bulan September 2004. Dan kini membuat kerja penyelidikan tentang Budaya Etnik Negara Brunei Darussalam.
Dari bidang Tugas Penyelidikan banyak aktiviti Pengambaran di lakukan sehingga minat yang mendalam tentang mengambar telah banyak memberi inspirasi, data, sejarah dan kenangan dalam kehidupan seharian.
|